Monday, October 31, 2016

Pelik ..


Aku bukan ape ..
Aku taknak orang yang baca post aku ni fikir aku bila kerja menggatal ke apa ..
Tapi lately ni aku rasa lain macam ..
Bayangkanlah yang "dia" tu pun satu department dengan kau ..
Aku tak tahulah ..
Aku rasa macam diperhatikan selama ni .
Tapi aku takut kalau aku yang perasan ..
Syok sendiri ..
Adoiii ..
Sejak akhir2 ni aku rasa berdebar sangat sampai dia punya rasa berdebar tu kau siap bagitahu kawan2 kau lagi 😂😂
Kekadang aku tertanya jugak ..
Orang yang buat aku rasa berdebar tu , dia berdebar jugak ke bila nampak aku?
Hahaha ni yang aku takut ni .
Perasaan macam ni lah yang buat jadi syok sendiri adoiiii ..
Tapi yang peliknya masa mula2 aku masuk sini bila aku nampak dia
Tak rasa apa2 pun .. bagi aku dia biasa je sampailah beberapa menjak ni aku rasa lain macam ..
Aku ada skodeng beberapa blog kat gegoogle ni kalau jantung kita rasa berdebar maknanya orang yang buat kita rasa berdebar ni dia punya aura tu yang buat kita turut rasa .. paham tak? Aku pun tak tahu macam mana nak explain ..
Haha okay aku rasa mesti panjang kan post aku yang ini ?
Hmmmm sampai sekarang aku banyak berfikir .
Seriously aku tak rasa pun nak cari jodoh kat kilang ni .
Btw dia ni technician kat dalam department aku .
Dan ....
Aku meringkaskan bahawa semua technician kat sini tak semestinya bujang sebab aku tengok ada yang dah kahwin,dah tunang , dah ada girlfriend dari situ jugak .. kiranya turut bertemu jodoh disitu .. dan tipulah kalau "dia" tu single menyingle ..
Aku tengok dia pun not bad juga ..
Means ada rupa ..
Takkan dia takde kot kan ..
Itu yang aku takut tu ..
Aku bukan nak perasan ..
Tapi aku malu bila dia asyik pandang aku je ..
Kalau tak pandang pun mesti tiba2 dia lalu kat line aku ..
Kadang aku tak paham dia ni ..
Masa kerja pun rajin betul tawwaf dalam department .
Macam cari peluang nak tengok aku .. itupun kawan aku yang bagitahu .
Aku tak percaya sampai aku kata balik kat kawan aku " entah2 dia yang suka kamu tak?" Hahahahaha 😂
Ada satu hari tu siap aku kira lagi berapa kali dia tengok aku , berapa kali dia lalu kat line aku ..
Kerap weyyy ..
So how ? Aku tak tahu ..
Aku taknak berharap apa2 ..
Tapi perasaan ni buat aku jadi takut .
Takut kalau aku sendiri dah mula suka kat dia ..
Entah2 dia tengok aku macam tu je ..
Entah2 aku  yang feeling lebih buat malu je 😂

Friday, July 29, 2016

.. Alhamdulillah ..

Akhirnya ..
Penantianku selama ini berakhir juga 💕
Guess what ?
I got that job !
Happy gilaaaaaaaa
Tak terkataaaaa
Entah ape yang special tempat tu ..
Bagi org lain mungkin biasa..
Tapi bagi aku yelah aku dah lama nak try kerja situ kot 😳
Inshaallah 4/8/2016 tarikh lapor kerja aku disitu as ms (manifacturing specialist) aku tak tahu apebenda jawatan tu memandangkan this is my first experience . Haha 🙈
Tapi org kata atas sikit dari operator la .
Tapi yang pasti masa buat kerja tu aku kena hadap skop dan berpakaian ala ala nak pergi angkasa hahaha 😂
Masa dalam tu je kena pakai . Bila kat luar tempat tu pakai uniform biasalah kot .
Masa interview haritu (26/7/2016)
Alhamdulillah la berjalan dengan lancar .
Mula mula aku tak nak pergi sebenarnya sebab aku risau nak hadap interview tu macam mana .
Tapi bila pergi dalam keadaan yang tak prepare ape2 ni ,
Hmm syukurrrr ..
Allah permudahkan heeee 😍
Pakcik pakcik pegawai yang peramah ,
Abam abam guard yang baik , mesraalam walaupun dorang pada mulanya macam poyoo sikit 😅
Tapi biasalah tu kan , dah tugas dorang ..
And most most important sekali ,
Abang hr yang hmmm sporting juga.
Hahahahaha masa buat quiz matematik tu yang tak boleh bla tu .
Semua ternganga terpening terrungsing dan segala ter ter la .
Nampak je 20 soalan tapi soalannya berbelit belit kau ! 😂😂😂
Mujurlah soalan tu aku paham & pro sikit . Aicehhh .
Padahal nak test iq tinggi mana je . Hahahaha aku tak tau la tahap iq aku tinggi mana .
Lepas ni kena berkorban sikitlah .
Korban mata , korban tenaga .
Mula2 kena tumpang orang dulu .
Inshaallah ada rezeki kalau aku lama kat situ aku keluar transport aku dengan duit aku sendiri .
Moga segala urusan aku dipermudahkan .
Chaiyok ! Fighting ! 💕✌✌
Kalau aku ingat nanti aku update first day aku kerja kat sana nanti okay 😉😉😉😉❤

I'm Backkkkk

Assalamualaikum 💕..
It's been a long longggg longgggg time tak update blog kan .
Hahahahahahaha
Dulu ada update tapi aku delete balik haha ..
Hmmm ..
There're lot of things yang aku nak share disini .
Dan aku rasa kat sinilah tiada siapa yang akan tahu
Sebab aku tak bagitahu sesiapa pun aku punya address blog .
Walaupun aku tahu ada yang beria sangat nak tahu .
Ahhh jangan harap .
Aku tak suka orang ambik tahu pasal aku padahal sebenarnya aku nak sangat haha 😂
Hmmm aku pun tak tahu nak bercerita dari mana .
Tapi kekadang aku pelik jugak .
Kalau dekat wechat tu bukan main update panjang2 ..
Bila update blog pulak time tu lah ayat sikit 😅😅😅😅😅